*** SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA ***

Sejarah Sekolah



SMK PENGIRAN OMAR II SIPITANG, SABAH

S
ekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II terletak kira-kira enam kilometer dari Pekan Sipitang. Sekolah ini telah mula dibina pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada tahun 2005. Pembinaan sekolah ini merupakan salah satu projek di bawah RMK-9 dengan perbelanjaan kira-kira 11 juta billion yang dipertanggungjawabkan kepada Jasamu Development Sdn. Bhd.

S
ekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II merupakan sekolah menengah ketiga di Daerah Sipitang selain SMK Pengiran Omar dan SMK Padang Berampah. Pembinaan sekolah ini adalah bertujuan untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah dari tahun ke tahun khususnya di Daerah Sipitang.


Pada tanggal 01 Ogos 2006, sekolah ini telah mula beroperasi dengan menempatkan lebih kurang 523 orang pelajar dari sekolah-sekolah menengah yang berdekatan. Pengetua sulung bagi sekolah ini ialah Encik Alim Muntu @ Alfred. Beliau dibantu oleh 23 orang guru dan 5 orang Anggota Kumpulan Sokongan. Pada awalnya, kelas-kelas yang dibuka ialah tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat sahaja. Penempatan awal ini hanya menggunakan 16 buah kelas.

Dari segi kemudahan pula, sekolah ini dilengkapi dengan 36 buah kelas, enam buah makmal sains, makmal komputer, makmal kejuruteraan, makmal bahasa,  makmal pendidikan seni, bengkel kemahiran hidup: bilik masakan, bilik jahitan, bilik pertukangan, perpustakaan, bilik guru, pejabat am, bilik kesihatan, bilik kaunseling, bilik pengawas, stor SPBT, bilik muzik, bilik mesyuarat, koperasi, bilik setiausaha peperiksaan, surau kecil, surau besar, dewan, asrama, kantin, padang, astaka dan flat kediaman.

Kini, SMK Pengiran Omar II telah mencapai usia 7 tahun di bawah pentadbiran pengetua kedua iaitu Encik Abd Ghani Md Ali selepas Encik Alim Muntu @ Alfred bersara pada12 April 2007. Encik Abd Ghani Md Ali mula meneraju SMK Pengiran Omar II pada 25 Jun 2007.

No comments:

Post a Comment